Sunday, April 19, 2009

-tErBaBaS LaGi-

salam

berkali-kali jam di handphone berbunyi, berkali-kali juga aku meraba- raba hp untuk mematikan bunyi jam itu. " tidurlah sarah , sesungguhyA tidur itu lebih nikmat dari solat, untuk apa bangun solat subuh! ia hanya mengganggu tidurmu sahaja." begitulah kata- kata dari syaitan untuk melalaikan hambanya. dan aku sebagai hamba-NYA yang tidak kuat iman didada telah terikut-ikut dengan suara halus yang berbaur hasutan itu. YE! aku telah dipengaruhinya pagi tadi... pagi tadi, untuk yang keberapa kali aku pun lupa aku terbabas untuk solat subuh lagi. sedar dari tidur jam 9 pagi, menggosok-gosok mata sambil hati berkata "subhanallah aku terbabas subuh lagi" hati kecil dipaut rasa bersalah kerana meninggalkan solat wajib. Aku berdosa. dulu , ketika di kampung aku tidak pernah sekali meninggalkan solat wajib ini dan quran juga menjadi temanku ketika aku selesai solat. Tp itu dulu! sewaktu aku tidak di SINI. DiSINI, aku boleh bilang berapa kali aku telah meninggalkan solat subuh..dalam perkiraan, aku kira sudah sampai 10 kali. Berdosanya aku!... tapi benar! aku tidak sengaja meninggalkannya.

No comments:

Post a Comment